Friday, June 11, 2010

Israel bentuk rangka kerja inkuiri rampasan Mavi Marmara


BAITULMUQADDIS - Seramai tujuh orang menteri kanan Israel mengadakan perjumpaan semalam untuk mencari jalan menenangkan kemarahan masyarakat antarabangsa berikutan insiden rampasan kapal bantuan kemanusiaan Mavi Marmara yang telah membunuh sembilan aktivis warga Turki pada Isnin minggu lalu.

Gesaan daripada seluruh dunia untuk satu inkuiri bebas dengan pemerhati asing akan menekan Israel yang enggan 'menyerahkan dirinya' kepada mana-mana tribunal antarabangsa.

Rakyat Israel yang menyokong inkuiri tersebut menegaskan Israel perlu menyerahkan bukti yang menyatakan bahawa komandonya diserang oleh aktivis di atas kapal tersebut.

"Kumpulan ini menaiki bot (Mavi Marmara) dari bandar berlainan, diuruskan, melengkapkan diri dengan senjata dan naik ke dek kapal menerusi prosedur berbeza. Niat jelas mereka ialah untuk menimbulkan pertempuran yang ganas," kata Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada mesyuarat kabinet mingguannya.

Sekutu rapat Israel, Amerika Syarikat (AS) turut menuntut satu siasatan yang 'dipercayai, tidak berat sebelah dan telus' berkaitan tindakan ganas komando Israel tersebut.

Menteri-menteri Israel bagaimanapun melahirkan pandangan berbeza mengenai bagaimana untuk menangani siasatan itu.

"Kami tidak ada apa yang hendak disorokkan. Jika mereka ingin memasukkan pemerhati antarabangsa dalam jawatankuasa siasatan, tiada masalah," jelas Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman yang menyokong siasatan terbuka. -AFP

No comments:

Post a Comment