Friday, June 11, 2010

PeRjUanGan OrANG mElaYU kItA..



Orang Melayu..Tanah Malaysia ini milik Kita..
Bangkitlah MemartABatkAN Hak KitA yanG Kian Hilang!!

JangaN bIARkan MALAYSIA ini diJajAH Lagi..CukupLAH SEkaLi...

NeGARa Ini MIlik Kita...PertaHankannYA HinggA KE aKhirNya..

BerSatu LAH kita..Ke AkhiRnya

Mengikut senarai FORBES Asia,Tan Syed Mokhtar Al-Bukhary, jutawan Melayu paling kaya, turun satu anak tangga dari tempat ketujuh ke tempat kelapan selepas nilai bersih asetnya berkurangan sebanyak AS$200 juta kepada AS$1.8 bilion. Bumiputra lain yang tersenarai ialah Tan Sri Azman Hashim (AS$700 juta), Datuk Mokhzani Mahathir (AS$285 juta), Datuk Kamarudin Meranun (AS$280 juta) dan Ahmayuddin Ahmad (AS$155 juta).

Turut tersenarai ialah Datuk Nazir Tun Razak, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB dan anak lelaki bongsu Perdana Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein. Nazir adalah orang terbaru yang disenaraikan dan berada di tempat ke-40 sebagai individu terakhir terkaya Malaysia dalam senarai 40 senarai terkaya Forbes Asia dengan nilai bersih AS$100 juta.

Orang paling KAYA di MALAYSIA adalah Tan Sri Robert Kuok..

PERSOALANNYA,DI MANA KEDUDUKAN ORANG MELAYU KITA??

ADAKAH SUDAH HILANG OLEH BANGSA-BANGSA LAIN??!!

SUMBER:BLOG AZHAD

Tiga lagi ditarik gelaran Datuk


Wanita Asia pertama merentasi Antartika secara solo, Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir merupakan antara tiga lagi individu yang ditarik balik darjah kebesaran oleh Sultan Johor.

Dua orang yang turut dikenakan tindakan sama ialah Komander Shaftdean Lufty Rusland dan Hassan Yunos.

Sebelum ini, tindakan yang sama diambil terhadap bekas Menteri Kesihatan merangkap Anggota Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Chua Jui Meng.

Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, tindakan terbaru ke atas Sharifah Mazlina dan dua lagi diambil pada 4 Jun lalu mengikut Fasal 12 Undang-Undang dan Peraturan Darjah Mahkota Johor dan Fasal 7(f) Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895.

Beliau berkata, pihaknya telah menimbang laporan terhadap beberapa Ahli Darjah Mahkota Johor dan bersetuju menasihatkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar supaya melaksanakan kuasa menarik balik darjah kebesaran tersebut yang dinilai menerusi kesetiaan, kemuliaan dan perkhidmatan individu terbabit.

"Lazimnya, pihak kami tidak memberikan sebarang kenyataan berhubung penarikan darjah kebesaran kerana melibatkan maruah selain tidak dapat menyatakan sebab sebenar kerana terletak pada kuasa Sultan," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Sumber:KOSMO ONLINE

Israel bentuk rangka kerja inkuiri rampasan Mavi Marmara


BAITULMUQADDIS - Seramai tujuh orang menteri kanan Israel mengadakan perjumpaan semalam untuk mencari jalan menenangkan kemarahan masyarakat antarabangsa berikutan insiden rampasan kapal bantuan kemanusiaan Mavi Marmara yang telah membunuh sembilan aktivis warga Turki pada Isnin minggu lalu.

Gesaan daripada seluruh dunia untuk satu inkuiri bebas dengan pemerhati asing akan menekan Israel yang enggan 'menyerahkan dirinya' kepada mana-mana tribunal antarabangsa.

Rakyat Israel yang menyokong inkuiri tersebut menegaskan Israel perlu menyerahkan bukti yang menyatakan bahawa komandonya diserang oleh aktivis di atas kapal tersebut.

"Kumpulan ini menaiki bot (Mavi Marmara) dari bandar berlainan, diuruskan, melengkapkan diri dengan senjata dan naik ke dek kapal menerusi prosedur berbeza. Niat jelas mereka ialah untuk menimbulkan pertempuran yang ganas," kata Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada mesyuarat kabinet mingguannya.

Sekutu rapat Israel, Amerika Syarikat (AS) turut menuntut satu siasatan yang 'dipercayai, tidak berat sebelah dan telus' berkaitan tindakan ganas komando Israel tersebut.

Menteri-menteri Israel bagaimanapun melahirkan pandangan berbeza mengenai bagaimana untuk menangani siasatan itu.

"Kami tidak ada apa yang hendak disorokkan. Jika mereka ingin memasukkan pemerhati antarabangsa dalam jawatankuasa siasatan, tiada masalah," jelas Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman yang menyokong siasatan terbuka. -AFP

SyArAT-sYaRaT PoLiGAmI DaLaM IsLAm..


1. Membatasi jumlah isteri yang akan dikahwininya. Syarat ini telah disebutkan oleh Allah (SWT) dengan firman-Nya;

"Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu ber-kenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat." (Al-Qur'an, Surah an-Nisak ayat 3)

Pembatasan ini juga bertujuan membatasi kaum lelaki yang suka dengan perempuan agar tidak berbuat sesuka hatinya. Di samping itu, dengan pembatasan empat orang isteri, diharapkan jangan sampai ada lelaki yang tidak menemukan isteri atau ada pula wanita yang tidak menemukan suami. Mungkin, kalau Islam membolehkan dua orang isteri saja, maka akan banyak wanita yang tidak menikah. Kalau pula dibolehkan lebih dari empat, mungkin terjadi banyak lelaki tidak memperolehi isteri.

2. Diharamkan bagi suami mengumpulkan wanita-wanita yang masih ada tali persaudaraan menjadi isterinya

Misalnya, berkahwin dengan kakak dan adik, ibu dan anaknya, anak saudara dengan emak saudara baik sebelah ayah mahupun ibu.

Tujuan pengharaman ini ialah untuk menjaga silaturrahim antara anggota-anggota keluarga. Rasulullah (s.a.w.) bersabda, maksudnya;

"Sesungguhnya kalau kamu berbuat yang demikian itu, akibatnya kamu akan memutuskan silaturrahim di antara sesama kamu." (Hadis riwayat Bukhari & Muslim)

3. Disyaratkan pula berlaku adil

Dengan tegas diterangkan serta dituntut agar para suami bersikap adil jika akan berpoligami. Andaikan takut tidak dapat berlaku adil kalau sampai empat orang isteri, cukuplah tiga orang sahaja. Tetapi kalau itupun masih juga tidak dapat adil, cukuplah dua sahaja. Dan kalau dua itu pun masih khuatir tidak boleh berlaku adil, maka hendaklah menikah dengan seorang sahaja.

i) Adil memberikan nafkah.
Dalam soal adil memberikan nafkah ini, hendaklah si suami tidak mengurangi nafkah dari salah seorang isterinya dengan alasan bahawa si isteri itu kaya atau ada sumber kewangannya, kecuali kalau si isteri itu rela. Suami memang boleh menganjurkan isterinya untuk membantu dalam soal nafkah tetapi tanpa paksaan. Memberi nafkah yang lebih kepada seorang isteri dari yang lain-lainnya diperbolehkan dengan sebab-sebab tertentu.

ii) Adil dalam menyediakan tempat tinggal.
Selanjutnya, para ulama telah sepakat mengatakan bahawa suami bertanggungjawab menyediakan tempat tinggal yang tersendiri untuk tiap-tiap isteri berserta anak-anaknya sesuai dengan kemampuan suami. Ini dilakukan semata-mata untuk menjaga kesejahteraan isteri-isteri, jangan sampai timbul rasa cemburu atau pertengkaran yang tidak diingini.

iii) Adil dalam giliran.
Demikian juga, isteri berhak mendapat giliran suaminya menginap di rumahnya sama lamanya dengan waktu menginap di rumah isteri-isteri yang lain. Sekurang-kurangnya si suami mesti menginap di rumah seorang isteri satu malam suntuk tidak boleh kurang. Begitu juga pada isteri-isteri yang lain. Walaupun ada di antara mereka yang dalam keadaan haidh, nifas atau sakit, suami wajib adil dalam soal ini.

c) Anak-anak juga mempunyai hak untuk mendapatkan perlindungan, pemeliharaan serta kasih sayang yang adil dari seorang ayah.
Oleh itu, disyaratkan agar setiap suami yang berpoligami tidak membeza-bezakan antara anak si anu dengan anak si anu. Berlaku adil dalam soal nafkah anak-anak mestilah diperhatikan bahawa nafkah anak yang masih kecil berbeza dengan anak yang sudah besar. Anak-anak perempuan berbeza pula dengan anak-anak lelaki. Tidak kira dari ibu yang mana, kesemuanya mereka berhak memiliki kasih sayang serta perhatian yang seksama dari bapa mereka.

4. Tidak menimbulkan huru-hara di kalangan isteri mahupun anak-anak. Jadi, suami mesti yakin bahawa perkahwinannya yang baru ini tidak akan menjejaskan serta merosakkan kehidupan isteri serta anak-anaknya. Kerana, diperbolehkan poligami dalam Islam adalah untuk menjaga kepentingan semua pihak. Jika kepentingan ini tidak dapat dijaga dengan baik, maka seseorang yang berpoligami pada saat itu adalah berdosa.

5. Berkuasa menanggung nafkah. Yang dimaksudkan dengan nafkah di sini ialah nafkah zahir, sebagaimana Rasulullah (s.a.w.) bersabda yang bermaksud;

"Wahai sekalian pemuda, sesiapa di antara kamu yang berkuasa mengeluarkan nafkah, maka hendaklah kamu berkahwin. Dan sesiapa yang tidak berkuasa, hendaklah berpuasa."

Kesimpulan dari maksud kemampuan secara zahir ialah;

i) Mampu memberi nafkah asas seperti pakaian dan makan minum.

ii) Mampu menyediakan tempat tinggal yang wajar.

iii) Mampu menyediakan kemudahan asas yang wajar seperti pendidikan dan sebagainya.

iv) Sihat tubuh badannya dan tidak berpenyakit yang boleh menyebabkan ia gagal memenuhi tuntutan nafkah zahir yang lain.

v) Mempunyai kemampuan dan keinginan seksual.

Untuk pemahaman lebih mendalam:POLIGAMI DALAM ISLAM

Gempar!!Penderaan Syafiah Humaira


Seorang pemandu teksi dihadapkan ke Mahkamah Majistret di atas tuduhan membunuh Syafiah Humairah Sahari (gambar kecil) dengan membelasahnya sehingga mati di padang bola sepak dua minggu lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan yang direkodkan daripada tertuduh, Mohd. Fazli Azri Jamil, 28, yang hanya menundukkan kepala sepanjang prosiding.


Tertuduh dengan wajah yang muram juga menganggukkan kepala sebagai tanda memahami pertuduhan tersebut.

Mohd. Fazli didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Syafiah, 3, di padang bola sepak Jalan Utama, Kawasan Rumah Murah, Batu 30, Ulu Yam Lama Batang Kali dekat sini pada pukul 6.30 petang 25 Februari lalu.

Dakwaan terhadap Mohd. Fazli yang tidak diwakili peguam dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Noorjidah Mohd. Jusan memohon satu tarikh sebutan bagi kes itu kerana pihaknya sedang menunggu untuk mendapatkan laporan kimia dan laporan autopsi mangsa.

Sumber:Berita Harian

Kursus Asas Blog & Media Baru

Sebenornya mule2 tu malas nok gi kursus ni,kat cerul je..erm,dekat sgt...tapi pk2 balik bosan dok umoh,gi jelah..hehe..best la jugok kursus nie.......