Friday, June 11, 2010

Gempar!!Penderaan Syafiah Humaira


Seorang pemandu teksi dihadapkan ke Mahkamah Majistret di atas tuduhan membunuh Syafiah Humairah Sahari (gambar kecil) dengan membelasahnya sehingga mati di padang bola sepak dua minggu lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan yang direkodkan daripada tertuduh, Mohd. Fazli Azri Jamil, 28, yang hanya menundukkan kepala sepanjang prosiding.


Tertuduh dengan wajah yang muram juga menganggukkan kepala sebagai tanda memahami pertuduhan tersebut.

Mohd. Fazli didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Syafiah, 3, di padang bola sepak Jalan Utama, Kawasan Rumah Murah, Batu 30, Ulu Yam Lama Batang Kali dekat sini pada pukul 6.30 petang 25 Februari lalu.

Dakwaan terhadap Mohd. Fazli yang tidak diwakili peguam dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Noorjidah Mohd. Jusan memohon satu tarikh sebutan bagi kes itu kerana pihaknya sedang menunggu untuk mendapatkan laporan kimia dan laporan autopsi mangsa.

Sumber:Berita Harian

No comments:

Post a Comment